SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah
Nabi Adam a.s., tatkala baginda keluar dari
syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang
dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut
yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar
Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

DZUHUR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah
Nabi Ibrahim a.s., tatkala Allah s.w.t. telah
memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi
Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu
tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat
rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:-Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah
Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh
Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan
Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah
masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu
bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah
diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib
ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh
Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang
waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah
Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana
diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam
yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYA`:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isya adalah
Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah
tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,
sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.
Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya
itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah
Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

———–
nb: diambil dari multiply ^^